Pertama sekali, terima kasih kepada Undukngadau.com, Kerana tanpa usaha untuk mewujudkan laman web ini, mungkin tidak ramai diantara kita akan mengetahui apakah sebenarnya maksud ataupun makna disebalik Unduk Ngadau, seperti mana yang diterangkan oleh orang tua tua kita dahulu kala. Saya telah mengikuti perkembangan undukngadau lebih kurang 10 tahun sehingga kini dan sebelum ini tidak ada laman web khusus untuk menyebarkan berita berita sensasi unduk ngadau. Terima kasih kepada pemilik website, Mr. Benny.
Antara tahun yang paling hangat dan sensasi, sudah pasti 2009, kerana? sebelum ini tidak ramai yang tahu atau mengunjungi laman web ini hinggalah ke hari ini. Dan sebagai ahli laman web ini, saya berbesar hati melihat peningkatan dari segi keahlian laman web ini. Dalam kata lain semakin ramai ahlinya, maka semakin banyak pendapat yang akan lahir?
Saya rasa amat tertarik dengan beberapa isu, dan setiap isu yang ingin saya nyatakan disini akan berserta dengan penerangan ringkas, dan diharap kepada yang arif sudi memberikan pandangan juga kepada yang tidak arif ada baiknya memberikan penghayatan terhadap isu isu yang dinyatakan.
1) Peserta Kacukan - Mix, berdarah campuran
-Dinyatakan dalam borang, bahawa sesiapa sahaja yang mempunyai darah kadazan dibenarkan menyertai unduk ngadau.
Sino kadazan, sino india, sino filipino, sino murut, sino jepun, sino urang putih (erusian) semua boleh menyertai Unduk ngadau. walaupun memang benar lagenda huminodun mengatakan huminodun itu sendiri adalah KADAZAN DUSUN / DUSUN / KADAZAN
Note: Cerita Mitos sebigini telah lama wujud, kepada yang rajin boleh membuat pembacaan ringkas tentang upacara kaamatan diseluruh dunia walaupun berbeza rupa tapi konsep adalah hampir sama.
2) Peserta berasal daripada daearah lain, menang daerah lain, ikut daerah lain ?
Ini bukan isu baru. ini isu lapuk, berapa ramai unduk ngadau tahun tahun sebelumnya bertandang kesana kemari hanya untuk memenangi unduk ngadau dearah? Ramai, tidak perlu saya nyatakan nama nama mereka, tetapi saya mempunyai senarai yang agak menarik untuk dikongsi...namun untuk tidak memalukan mana mana pihak ada baiknya kamu berfikir sendiri, Dalam hal ini siapa harus dipersalahkan?
A) AJK AJK Penganjur ? b) Ketua Kampung? (Selalu mabuk nampak borang terus tanda tangan)
3) Kredibiliti Pengadil unduk ngadau - Layakkah mereka?
Setelah begitu lama mengikut perkembangan unduk ngadau, Layakah setiap pengadil yang dilantik? Pernahkah kamu terfikir, kenapa yang menang kadang kala tidak secantik yang Kalah? Kenapa No1 kadang kala kurang cantik daripada No 2?
Apakah yang dinilai? adakah pengadil tidak adil? atau berat sebelah? atau tidak tahu mengadili pertandingan berasaskan kecantikan? atau sekadar main hentam dalam pemberian Markah?
Kalau pengadil itu pernah memenangi sesebuah pertandingan unduk ngadau, adakah mereka ini layak jadi pengadil? atau haruskah kita memilih pengadil yang cantik? agar mereka tahukah apa itu cantik? atau mereka ini hanya sekadar melepaskan batuk di tangga?
4) Kecantikan peserta, tanggungjawab Tukang Make up
Amat menyedihkan, apabila kita melihat mereka yang menyertai unduk ngadau di dandan serupa hantu hantu dalam wayang wayang indonesia, cina dan juga melayu. make up yang terlebih, make up ala ala untuk dinner night, tidakkah ini memalukan peserta? ada diantara peserta cantik sebelum di dandan, tetapi setelah di dandan, cantik berubah hodoh, hodoh bertambah hodoh.
Kepada tukang makeup, sebelum menghantar peserta pastikan anda betul betul tahu apa itu unduk ngadau, jangan makeup ikut sesuka hati, kasihani la mereka, tengok apa member di sini komen? salah siapa? kita harus menyalahkan make up artiste
5) Cantik cantik, tinggi tinggi, tetapkan ketinggian,saiz maximum badan, tahap kecantikan, semua bagi garis panduan!
Sekarang menjadi satu trend, Peserta yg dipilih mesti tinggi dan cantik, yang pendek pendek boleh mimpi, wahai semua orang sabah, unduk ngadau bukan lagi sekadar lagenda, tap unduk ngadau adalah sesuat pesta yang mana peserta mesti tinggi dan cantik. Jadi siapa harus disalahkan? salahkan saja penganjur yang ketika ini gilakan kecantikan dan keindahan rupa paras perempuan
Kalau pendek, jgn lagi ikut, dan saya ingin menyeru semua AJK penganjur Unduk nagadau 2010, seluruh sabah, tetapkan ketinggian peserta kepada 5 kaki 4 inci, jadi bila semua keluar kepentas tiada yang malu semua sama cantik sama tinggi sama sexy, tetapkan ukur badan maximum, supaya tiada lagi desas desus perempuan sabah, peserta unduk ngadau semua hodoh dan pendek pendek tagap?
6) AJK penganjur BIAS, TAMAKkan Wang!
yang ini kenapa masih berlaku? Makan duit, dan macam macam, kamu tahu siapa kamu.
7) Unduk ngadau adalah exploitasi Politik,
Jgn lagi kita fikirkan tentang Lagenda huminodun, lupakan semua itu, anggapla ini merupakan satu projek untuk sema datuk datuk dan datin datin di sabah untuk memberitahu rakyat yang meraka adalah berjiwa rakyat, kita teruskan juga lagenda mengarut ini dengan harapan rakyat percaya pada kita dan yakin serta terus mengundi pada tahun tahun yang akan datang.
Semua mereka ini sekadar berlakon the layar rakyat, yang bodoh? Rakyat. kalau tak percaya, fikirlah kenapa semua parti politik ada perayaan kaamatan dan unduk ngadau masing masing? kalau peraayan ini dirayakan sebagai lagenda semua pasti bersatu padu.
namun kegilaan pada kuasa merubah segala gala.
8) Pembaca, pengunjung
sebelum memberikan sebarang hujah, lapangkan fikiran, bukakan minda, rasionalkan otak, cuba berikan komen yang membina, sedar atau tidak, kamu dengan sendiri menjatuhkan maruah bangsa sendiri, sedarlah, dan kepada yang cantik dan bijaksana, apa kata anda memberikan atau sumbangkan tulisan yang membina untuk bacaan orang ramai disini?
Sedih melihat semua memberikan komen yang kebudak budakan dan tidak sensitif.